I've receive an email from Faradg bout this tulang rusuk thing..Instead of forwarding it to every emails in my email list, i prefer posting it here..Such a nice a interesting and articel...Enjoy ya sef reading it!! 
" WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku! Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI yang sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dengan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya..
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat..
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu, berfikirlah dahulu, apakah kata² yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risikonya untuk kehilangan orang yang dicintai... "
Like what FaraDG always said, 

expect the unexpected 


Posted at 06:57 am by
ainulbariah
Isk2..tula org ckp..jgn belagak..tula org pesan jgn eksen..hah ni ler akibatnya klau eksen..dh kena keja..SEDIHH..
Korang..sian tak kat aku..kan aku dh bg tau kan ari khamis ari tu patutnya aku dh mula cuti..Tp ptg khamis tu br aku dpt tau aku kena keje jgk smpi rabu..isk2 kejam tul..aku kan dh set beg blk kg nak blk tau..kejam2..hausmate aku ape lagi..bantai gelakkan aku la..Tula,padan muka aku..sape sroh blagak sgt leh balik awal?Isk3..kejam tul..sian kat aku..dh ler mak bpk jauh..awat ler kolej ni tak bg aku cuti ni????Tensen tul..
Mujurla kena dtg opis bkn utk ngaja..Aku just kena update FRP..huuhuh..Tp still, aku cm tak der mood nk dtg keje jgk pg td..smpi skang ni..aku br mampu jeling2 jer kertas2 yg tersusun cun kat dlm tray tepi meja tu..maleehhh nak usik2 lagi..ISk2...Ayahda bonda..maapkn anakanda tak dapat pulang awal seperti yg dijanjikan..isk3..
Tertiba rs cm over lak..hahaha
Nway, smlm pi Penang..msk klas..blaja NAT..baru ler ari ni aku paham pasal NAT..muahaha..Hape la aku ni..Ms smbg ngan Farah n Wani smlm, diaorg kata nnt nk blaja pasal tunneling..Sbb tu bab pntg dlm CCNP..Pergh..aku pun dh lupa half dari everything yg aku blaja kat sana..kdg2 jeles jgk tgk derang dpt aplikasikan aper yg derang blaja kat tmpt keje..Tp, nak wat cmne..Setiap org ada bhgn msg2..kan2?
Keyla..got to do my work..klau rajin nnt aku citer pape yg patut..K?Tata ya all...
Posted at 08:20 am by
ainulbariah